Saturday, January 18, 2014

KETURUNAN PEMERINTAH JOHOR

HASLINDA BINTI ZULKUFLI
19DPM13F1062


886 -1919 : Dato’ Jaafar Bin Muhammad
Dato’ Jaafar Bin Muhammad dilahirkan di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1838. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Singapura. Keluarga beliau dikatakan berasal dari keturunan Kerabat Diraja dan Bendahara Melaka. Tugas beliau ialah memimpin pegawai-pegawai Johor untuk memajukan dan memodenkan pentadbiran Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Beliau adalah orang kepercayaan Sultan Johor dalam menguruskan pentadbiran. Ketika baginda Sultan Johor melakukan lawatan ke luar negeri, beliau telah diberi kepercayaan menjadi Pemangku Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1919 dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di Bukit Mahmoodiah.


1920 - 1922 : Dato’ Mohamed Bin Mahbob
Dato’ Mohamed Bin Mahbob dilahirkan pada tahun 1852, beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di Johor. Di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Jabatan Pelajaran, sebanyak 89 buah sekolah Melayu, empat buah sekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina dan dua buah sekolah Tamil telah didirikan. Apabila enakmen pelajaran diluluskan pada tahun 1902, Dato’ Mohamed Bin Mahbob dan Mohd Khalid telah bertindak menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalam enakmen itu, ibubapa atau penjaga diwajibkan menghantar anak mereka yang berumur 7-16 tahun ke sekolah. Sesiapa yang tidak berbuat begitu akan didenda sebanyak RM25.00 atau penjara selama tiga bulan.
Dato’ Mohamed Bin Mahbob di lantik menjadi Timbalan Menteri Besar pada tahun 1917 dan apabila Dato’ Jaafar meninggal dunia, Dato’ Mohamed Bin Mahbob telah menggantikannya pada 16 Julai 1920. Beliau meninggal dunia pada tahun 1926 dan dikebumikan dengan penuh istiadat di Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.


1923 - 1928 : Dato’ Abdullah Bin Jaafar
Dato’ Abdullah Bin Jaafar dilahirkan pada tahun 1875. Memulakan karier sebagai Kapten dalam Pasukan Askar. Kemudian mendapat jawatan Pelatih Pesuruhjaya Polis pada tahun 1900. Pada tahun 1903 menjadi Pesuruhjaya Polis Muar.
Beliau kemudian telah diberi kepercayaan memegang jawatan Pemangku Menteri Besar dan kemudian pada tahun 1923 menggantikan Dato’ Mohamed sebagai Menteri Besar. Beliau telah melepaskan jawatannya pada September 1928. Beliau meninggal dunai pada 28.4.1934 dan dikebumikan di Teluk Belanga.
1931- 1934 : Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf
Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf dilahirkan pada 17.10.1876. Bermula karier beliau sebagai Prebet di dalam Pasukan Askar. Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat ke Lans Koperal (1894), Koperal (14 April 1894), Bateri Sarjan (20.1.1895). Beliau memegang jawatan Kapten dalam tahun 1905 dan kemudian dinaikan pangkat Major.
Beliau memegang jawatan Leftenan Kolonel dalam tahun 1920. Pada tahun 1931 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri dimana beliau menggantikan Dato’ Musthapa Bin Jaafar pada 23.11.31. Beliau meninggal dunia pada 28.12.1934.
1935 - 1947 : Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid
Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dilahirkan pada 17.8.1887. Beliau telah dihantar ke England pada tahun 1905 dan pulang pada tahun 1908. Beliau mula bekerja di Pejabat SUK. Kemudian bertukar ke jawatan askar dengan pangkat kadet (1910), Leftenan dan juga pengiring Sultan (1912). Pada tahun 1915 bertukar ke Pejabat Kewangan sebagai pemeriksa kira-kira.
Pada 11.9.1920, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pada 1.12.1922, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerja dan pada 22.1.1923 dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Beliau telah memegang jawatan Timbalan Menteri Besar pada 5.1.1925 hingga 22.11.1931. Beliau memegang jawatan Menteri Besar pada April 1935 menggantikan Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf. Beliau meninggal dunia pada 29.4.1951.
1947 - 1950 : Dato’ Onn Jaafar
Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada 12.2.1895 di Bukit Gambir, Johor. Ayahnya Dato’ Jaafar Muhammad adalah Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau mendapat pendidikan di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah jabatan kerajaan di Johor dan kemudian memasuki Pasukan Military Force pada 5 Julai 1917 sebagai Kadet. Beliau adalah seorang pejuang kebangsaan dan juga tokoh politik unggul. Beliau adalah pengasas penubuhan UMNO semasa ianya ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.
Dato’ Onn adalah juga seorang wartawan. Beliau merupakan penulis dan pengarang Akhbar Warta Malays dan Lembaga Malaya. Antara kenangan peninggalan beliau ialah “Buku Selamat Johor” (1936) dan terjemahan Hikayat Seribu Satu Malam yang berjudul AL FA LAILA WALAILA. Beliau juga seorang wartawan yang berani mengkritik dan ini dapat dilihat melalui akhbar mingguan ‘KRITIK’ pimpinan beliau.
Beliau juga pemidato yang hebat dan petah bercakap sewaktu menjadi Ahli Parlimen Ketokohan. Beliau membuat dirinya amat dihormati dan disegani oleh Ahli Dewan Rakyat. Beliau mula uzur pada tahun 1961 kerana penyakit jantung dan kencing manis. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962. Jenazah beliau telah diberikan penghormatan negara kerana jasanya teramat besar kepada Negeri Johor dan Negara Amnya.
1952 - 1955 : Dato’ Syed Abd. Kadir Bin Mohamed
Dato’ Syed Abd. Kadir Bin Mohamed dilahirkan pada 5.5.1900 di Jalan Arab, Bandar Maharani, Muar. Sewaktu kecil lagi beliau telah diajar membaca Al-Quran oleh ibu bapanya. Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu dan meneruskan pelajaran hinggalah lulus peperiksaan Junior Cambrige di Raffle School, Singapura. Memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan Kerani di Pejabat Perbandaran Muar. Kerjayanya terus meningkat hinggalah dinaikkan pangkat sebagai Kerani Pangkat Dua. Semasa bekerja beliau meneruskan pelajaran di bidang Setiausaha dan juga Undang-Undang.
Di antara jawatan yang dipegang oleh beliau ialah Setiausaha Bandaran Johor Bahru (1937-1940), Suruhanjaya Cukai dan Perniagaan, Muar (Nov 1940-1942), Pejabat Cukai Johor Bahru, Ahli Jemaah Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli Federal Council.
1955 - 1959 : Dato’ Idris Bin Ibrahim
Dato’ Idris Bin Ibrahim dilahirkan pada 13.10.88. Beliau menggantikan Dato’ Syed Abdul Kadir Bin Mohamed dan berkhidmat dari 1.1.55-16.6.59.
1959 - 1967 : Tan Sri Hj. Hassan Yunus
Tan Sri Hj. Hassan Yunus dilahirkan pada tahun 1907 di Muar, Johor. Setelah menamatkan pendidikan awal. Kerajaan Negeri Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.
Sekembalinya dari menuntut, beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1.1.40). pada 1 Januari 1943 beliau menjawat jawatan Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Negeri hinggalah sebelum merdeka. Dengan kedudukan yang dipegang, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.
Tan Sri Hj. Hassan juga seorang yang aktif dalam kegiatan politik dan menyertai Persatuan Melayu Johor. Beliau adalah salah seorang “Orang Tujuh” menandatangani surat bantahan kepada Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union.
Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih. Dalam Pilihanraya Umum Pertama, beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 27 Jun dan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihanraya. Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.
1967 - 1982 : Tan Sri Othman Bin Mohd Saat
Tan Sri Othman Bin Mohd Saat dilahirkan pada tahun 1927 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab. Beliau pernah menjadi Guru Agama pada tahun 1942. sebelum aktif dalam bidang politik, beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berpolitik sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.
Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalam tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Grand Prix Johor dan juga Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimba pada tahun 1970. Beliau juga diberi status “Doyen” Menteri-Menteri besar dan Ketua-Ketua Menteri Malaysia .
1982 - 1986 : Datuk Abdul Ajib bin Ahmad
Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato’ Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).
Beliau pernah berkhidmat di Kementeria Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
1986 - 1995 : Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin
Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin dilahirkan pada 15.5.1947 di Muar, Johor. Ayahnya seorang Guru Agama dan berpengaruh di Muar. Beliau mendapat pendidikan Rendah di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar dan juga Sekolah Ismail, Muar. Kemudian Sekolah Tinggi Muar dan Universiti Malaya pada tahun 1968-1970 dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu.
Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah Pengurus Penjawatan SGS Ates (M) Sdn. Bhd. (1974), Pengarah Urusan Sri Saujana BHd. (1974-1978), Pengurus Besar Sykt Equity Mal(Johor) Sdn. Bhd. (1974-1978), Pengarah Urusan Sergam Bhd. (1975-1977), Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri (Mulai Julai 1981), Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Mulai Jun 1983). Beliau menjadi Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986-1995. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna(1995) dan jawatan beliau yang terkini sebagai Menteri Pertanian.
Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau di dalam parti ialah Naib Kerua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1974-1976), Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1974-1976), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1976), Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Exco Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNo Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNO Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO (Mulai 4.9.93 hingga sekarang).
1995 - 2013 : Dato’ Haji Abdul Ghani Othman
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tingi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland . Sekembalinya ke Malaysia , beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1982).
Jawatan
1993-1995: Menteri Belia dan Sukan Malaysia
1995 - kini: Menteri Besar Johor
Politik
Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada Disember 1984 hingga Julai 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.
Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia. Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat.
Keluarga
Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifin dikurniakan dua orang cahaya mata.
Anugerah
Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) oleh Baginda Sultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994.



No comments:

Post a Comment