Saturday, January 18, 2014

PENGANGKUTAN DI JOHOR

NORAZIHANI BINTI MOHD ROSLI
19DPM13F1064

Negeri Johor mempunyai sistem lebuh raya yang bagus. Lebuhraya Utara Selatan mengaitkan kebanyakan bandar-bandar utama di negeri Johor dan juga dengan segala negeri-negeri di barat Semenanjung Malaysia. Tambahan juga, Tambak Johor yang dilengkapkan dengan lebuhraya duaan tiga lorong menyambungkan negeri Johor dengan negara Singapura. Laluan Kedua Malaysia-Singapura yang terletaknya di bahagian barat bandar raya Johor Bahru telah dibina pada tahun 1997 untuk mengatasi kesesakan tambak. Ia menyambungkan secara langsung dengan Lebuhraya Utara Selatan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang ditempatkan 30 kilometer daripada bandaraya Johor Bahru memberi perkhidmatan kepada sistem penerbangan antarabangsa, nasional dan wilayah. Dibina pada 6 Jun 1974lapangan terbang ini telah diperbesarkan berkali-kali dan kini mempunyai kapasiti sebanyak lima juta penumpang setahun. Sebuah landasan kapal terbang yang baru sedang dibina. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai merupakan satu-satunya lapangan terbang yang dikelolakan oleh pihak swasta (selain MAHB) di Malaysia.
Negeri Johor mempunyai tiga pelabuhan:
Sistem jalan keretapi di Johor yang dikelolakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), bermula di Stesen KTMB Johor Bahru sehingga Stesen KTMB Gemas. Hanya terdapat satu landasan keretapi sahaja di tengah-tengah negeri Johor tetapi mempunyai dua cabang iaitu cabang Kempas ke Pelabuhan Pasir Gudang dan cabang Skudai ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Menjelang 2011 landasan berkembar dari Gemas ke Singapura bakal dibina dengan bantuan kerajaan melalui kontraktor yang dilantik. Apabila siap nanti semenanjung Malaysia mempunyai sistem jalan keretapi yang lebih cekap dan efisen dari Singapura ke Padang Besar. Terdapat juga pelan perancangan oleh Syarikat YTL berkaitan pembinaan Landasan Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke Singapura (melalui Johor), namun masih dalam perbincangan dengan pihak kerajaan.

Sistem Pengangkutan Akan Datang

Selaras dengan kemajuan negeri dan kewujudan wilayah pembangunan Iskandar Malaysia, Kerajaan negeri berhasrat untuk membina sistem transit aliran ringan LRT bagi menghubungkan bandar-bandar utama sekitar Johor Bahru, serta sistem maglev - monorel bagi menghubungkan pusat-pusat tumpuan utama di daerah Johor Bahru. Selain itu Kerajaan Singapura bercadang menyambung sistem Mass Rapit Transit MRT republik itu ke bandaraya Johor Bahru. Di kawasan Nusajaya ada perancangan untuk membina Sistem Keretapi Tram bagi menghubungkan tempat-tempat utama seperti Medini, Educity, Cybercity, Puteri Habour, Kota Iskandar, Legoland, PTP, Ramsar dan tempat-tempat menarik lain atas inisiatif swasta dan pihak Iskandar Malaysia. Sistem Komuter seperti di Lembah Klang juga bakal dibina di sini bagi mengurangkan kesesakan pada masa akan datang menghubungkan bandar-bandar besar di sekitar Johor Selatan contohnya, antara Kota Tinggi dengan Johor Bahru, Pontian dengan Johor Bahru, Kulai dengan Johor Bahru, Skudai dengan Johor Bahru, Kempas/Pandan dengan Johor Bahru dan Pasir Gudang dengan Johor Bahru. Semua sistem ini masih dalam perancangan dan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan

KERAJAAN JOHOR

NAZATUL ASHIKIN BINTI MAAROF
19DPM13F1090

Johor adalah negeri Melayu pertama yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan melalui Undang-undang Tubuh Negeri Johor yang dimasyhurkan oleh Sultan Abu Bakar. Menurut perlembagaan tersebut, Sultan Negeri Johor merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai olehDewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 36 ahli. Dewan ini melantikkan salah sepuluh orang daripada ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan(EXCO). EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri.
Setiausaha Negeri merupakan ketua pentadbiran kerajaan negeri. Pejabat Setiausaha Negeri ialah teras Pentadbiran Kerajaan Negeri yang menyempurnakan sokongan pentadbiran kepada implementasi dasar-dasar yang diputuskan oleh EXCO dan Dewan Undangan Negeri.
Negeri Johor dibahagikan kepada 10 daerah di bawah 15 pihak berkuasa tempatan, iaitu:

Bangunan Sekretariat Negeri Johor (Bangunan Sultan Ibrahim) di Bukit Timbalan.
  1. Batu Pahat:
    1. Majlis Perbandaran Batu Pahat
    2. Majlis Daerah Yong Peng
  2. Johor Bahru:
    1. Majlis Bandaraya Johor Bahru
    2. Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
    3. Majlis Perbandaran Pasir Gudang
    4. Pihak Berkuasa Tempatan Nusajaya
  3. Kulaijaya:
    1. Majlis Perbandaran Kulai
  4. Kluang:
    1. Majlis Perbandaran Kluang
    2. Majlis Daerah Simpang Renggam
  5. Kota Tinggi:
    1. Majlis Daerah Kota Tinggi
  6. Mersing:
    1. Majlis Daerah Mersing
  7. Muar:
    1. Majlis Perbandaran Muar
  8. Ledang:
    1. Majlis Daerah Tangkak
  9. Pontian:
    1. Majlis Daerah Pontian
  10. Segamat:
    1. Majlis Daerah Segamat
    2. Majlis Daerah Labis
Berlainan daripada kebanyakan negeri lain, majlis daerah di negeri Johor tidak bertanggungjawab kepada urusan tanah. Sebaliknya, hal-ehwal tanah ditadbir oleh pejabat tanah daerah. Setiap daerah dibahagikan lagi kepada mukim-mukim dan seorang penghulu dilantik untuk mewakili Pegawai Daerah dalam pentadbiran harian.

Politik

Johor dikenali sebagai "kubu kuat" bagi Barisan Nasional sehingga Pilihan raya umum Malaysia 2013. Semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, DAP (mewakili Pakatan Rakyat) hanya menang satu kerusi Parlimen, sementara di Sidang DUN, Pakatan cuma menghantar enam ADUN dari 56 kerusi di sidang DUN Johor. Namun, pada Pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat telah memenangi sebanyak 5 kerusi Parlimen, manakala bagi sidang DUN, Pakatan telah memenangi sebanyak 18 kerusi ADUN dari 56 kerusi di sidang DUN Johor. Hal ini berjaya menafikan kedudukan parti pemerintah Barisan Nasional sebagai kubu kuatnya di Johor. DAP telah memenangi 13 kerusi ADUN daripada 14 kerusi yang dipertandingkan, PAS meningkat dari 2 kerusi ADUN pada tahun 2008 kepada 4 kerusi ADUN pada tahun 2013 manakala PKR memenangi 1 kerusi ADUN di Bukit Batu. Bagi peringkat parlimen, DAP memenangi 4 kerusi parlimen di Bakri, Kluang, Gelang Patah dan Kulai, manakala PKR memenangi satu kerusi parlimen di Batu Pahatsetelah menewaskan Mohd Puad Zarkashi, bekas Timbalan Menteri Pelajaran.

Senarai Menteri Besar Johor

Rencana utama: Menteri Besar Johor

  1. Datuk Jaafar Mohamed (1886 - Jul 1920)
  2. Datuk Mohamed Mahbob (Jul 1920 -1922)
  3. Dato' Abdullah Jaafar (Sep 1923 - 1928)
  4. Dato' Mustapha Jaafar (16 Sep 1928 - 23 Nov 1931)
  5. Datuk Abdul Hamid Yusof (23 Nov 1931 - 28 Dis 1934)
  6. Ungku Abdul Aziz Abdul Majid (Apr 1935 - 1 Jun 1947)
  7. Dato' Onn Jaafar (1 Jun 1947 - 18 Mei 1950)
  8. Datuk Syed Abdul Kadir bin Mohamed (20 Feb 1952 - 5 Jun 1955)
  9. Datuk Wan Idris bin Ibrahim (1 Okt 1955 - 16 Jun 1959)
  10. Tan Sri Hassan Yunos (27 Jun 1959 - 31 Jan 1967)
  11. Tan Sri Othman Saat (Feb 1967 - Apr 1982)
  12. Datuk Abdul Ajib bin Ahmad (29 Apr 1982 - 12 Ogos 1986)
  13. Tan Sri Muhyiddin Yassin (12 Ogos 1986 - 3 Mei 1995)
  14. Dato' Haji Abdul Ghani Bin Othman (3 Mei 1995 - Mei 2013)
  15. Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin (Sekarang)

GEOGRAFI NEGERI JOHOR

NORAZIHANI BINTI MOHD ROSLI
19DPM13F1064



Kedudukan daerah-daerah negeri Johor

Johor ialah negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di sempadan timur dan barat. Kebanyakan tanahnya rendah dengan bukit-bukau yang bercerun landai. Lokasi tertingginya ialah Gunung Ledang yang berada di paras ketinggian 1,276 meter.


Daerah


Negeri Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerajaan negeri Johor) seperti berikut:


  • Daerah Johor Bahru جوهر بهرو
    • Bukit Indah بوکيت ايندە
    • Skudaiسکوداي
    • Masai ماساي
    • Tebrau تبراو
    • Plentong ڤلينتوڠ
    • Pasir Gudang ڤاسير ݢودڠ
    • Gelang Patah ݢلڠ ڤاته
    • Tampoi تامڤوي
    • Ulu Tiram اولو تيرم
    • Kempas کمڤس
    • Kangkar Pulai کڠکر ڤولاي
    • Ulu Choh اولو چهوه
  • Daerah Kulaijaya كولاي جاي
    • Kulai کولاي
    • Ayer Bemban ايير بمبن
    • Bukit Batu بوکيت باتو
    • Kangkar Pulai کڠکر ڤولاي
    • Kelapa Sawit کلاڤ ساويت
    • Saleng ساليڠ
    • Sedenak سيديناق
    • Seelong سييلوڠ
    • Senai سناي
  • Daerah Pontian ڨونتيان
    • Pontian Besar ڤونتيان بسر
    • Pekan Nenas ڤکن ننس
    • Benut بنوت
    • Sanglang سڠلڠ
    • Ayer Baloi ايير بالوي
    • Pulai Sebatang ڤولاي سباتڠ
    • Api-api اڤي-اڤي
  • Daerah Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
    • Kuala Sedili کوالا سديلي
    • Sungai Rengit سوڠاي رڠيت
    • Pengerang ڤيڠيراڠ
  • Daerah Kluang كلواڠ
    • Simpang Renggam سيمڤڠ رڠݢم
    • Mengkibol ميڠکيبول
    • Paloh ڤالوه
    • Kahang کاهڠ
    • Machap مچهڤ
    • Layang-Layang لايڠ-لايڠ
  • Daerah Segamat سڬامت
    • Labis لابيس
    • Jementah جمنته
    • Buloh Kasap بولوه کاسڤ
    • Chaah چهااه
    • Bekok بيکوق
    • Batu Anam باتو انم
    • Pagoh ڤاڬوه
    • Pekan Air Panas ڤکن اءير ڤانس
    • Gemas Baharu ݢمس بهارو
    • Sungai Karas سوڠاي کارس
    • Gemereh ڬيميريه
    • Batu Badak باتو بادق
  • Daerah Muar موار
    • Parit Bakar ڤاريت باکر
    • Parit Raja ڤاريت راج
    • Parit Jawa ڤاريت جاوا
    • Parit Unas ڤاريت اوناس
    • Parit Bunga ڤاريت بوڠا
    • Bakri بکري
    • Pagoh ڤاڬوه
    • Bukit Pasir بوکيت ڤاسير
    • Panchor ڤانچهور
    • Bukit Mor بوکيت مور
    • Bukit Treh بوکيت تريه
    • Sungai Abong سوڠاي ابوڠ
    • Bukit Gambir بوکيت ݢمبير
    • Sungai Balang سوڠاي بالڠ
  • Daerah Batu Pahat باتو ڨاهت
    • Rengit رڠيت
    • Yong Peng يوڠ ڤڠ
    • Semerah سميره
    • Parit Sulong ڤاريت سولوڠ
    • Sri Gading سري ݢاديڠ
    • Parit Yaani ڤاريت يااني
    • Parit Raja ڤاريت راج
    • Ayer Hitam ايير هيتم
    • Senggarang سڠڬارڠ
    • Tongkang Pechah توڠکڠ ڤچهه
    • Peserai ڤسيراي
    • Sri Medan سري ميدن
    • Parit Besar ڤاريت بسر
    • Pura Kencana ڤورا کنچان
    • Kampung Istana کامڤوڠ ايستا
  • Daerah Mersing مرسيڠ
    • Triang ترياڠ
    • Tenglu تڠلو
    • Penyabong ڤيڽابوڠ
    • Tenggaroh تڠڬاروه
    • Jemaluang جمالواڠ
    • Pulau-Pulau ڤولاو-ڤولاو
    • Padang Endau ڤادڠ انداو
    • Sembrong سمبروڠ
    • Lenggor ليڠڬور
  • Daerah Ledang ليدڠ
    • Bukit Serampang بوکيت سرمڤڠ
    • Bukit Kepong بوکيت کڤوڠ
    • Sungai Mati سوڠاي ماتي
    • Lenga لڠا
    • Tangkak تڠکق
    • Kundang کوندڠ
    • Serom سيروم
    • Kesang کسڠ
    • Sagil ساڬيل
    • Tanjung Agas تنجوڠ اݢس

    Hutan Simpan

    Johor mempunyai kawasan hutan simpan paya bakau yang ketiga terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan sebanyak 167 kilometer persegi (km2), termasuknya:
    • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Sedili Besar dan Sungai Sedili Kecil;
    • Hutan Simpan Paya Bakau Sungai Lebam.

    Senarai Pulau

    Negeri ini juga banyak mempunyai pulau. Antara lapan pulau yang terbesarnya ialah:
    • Pulau Tinggi ڤولاو تيڠݢي
    • Pulau Rawa ڤولاو راوا
    • Pulau Sibu ڤولاو سيبو
    • Pulau Tengah ڤولاو تڠه
    • Pulau Pemanggil ڤولاو ڤمڠݢيل
    • Pulau Aur ڤولاو اءور
    • Pulau Besar ڤولاو بسر
    • Pulau Pisang ڤولاو ڤيسڠ
    • Pulau Lima. ڤولاو ليم

    Bandar Utama

    Bandar-bandar utama di Johor termasuklah:
    • Johor Bahru جوهر بهرو (ibu negeri) - bandaraya kedua terbesar di Malaysia; dan terbesar di Johor
    • Batu Pahat باتو ڤاهت - bandar kedua terbesar di Johor (menunggu kelulusan kerajaan persekutuan untuk dinaik taraf menjadi bandaraya)
    • Muar موار - bandar ketiga terbesar di Johor
    • Kluang کلواڠ
    • Kulai کولاي
    • Pasir Gudang ڤاسير ݢودڠ
    • Skudai سکوداي
    • Nusajaya نوساجايا
    • Kota Tinggi کوتا تيڠݢي
    • Pontian ڤونتيان
    • Segamat سڬامت
    • Tangkak تڠکق
    • Yong Peng يوڠ ڤڠ
    • Mersing مرسيڠ

        MUZIK TRADISIONAL

        HANISAH HANI BINTI HARON
        19DPM13F1068

        Muzik Ghazal

        Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.
        Pada akhir abad ke-19, apabila kerajaan Johor menjalin hubungan yang erat dengan kerajaan Riau-Lingga, beberapa orang dari golongan bangsawan Johor sering berulang-alik ke Riau. Mereka sering dihiburkan dengan permainan ghazal. Ada di antara mereka itu telah mempelajari kesenian ini dan memperkenalkan kesenian ini di istana Sultan Johor yang pada ketika itu berada di Teluk Belanga,Singapura. Di Istana Teluk Belanga, kesenian muzik ghazal ini telah mendapat perhatian daripada sultan, pembesar-pembesar negeri dan lain-lain golongan istana. Justeru itu, perkembangan ghazal ke peringkat rakyat jelata menjadi cepat dan pesat. Apabila pentadbiran Johor berpindah dari Teluk Belanga ke Tanjung Puteri, kesenian ini turut diperkembangkan dengan lebih pesat lagi di Tanah Besar Johor.
        Perkembangan seni muzik ghazal di Negeri Johor sering dikaitkan dengan nama Allhayarham Datuk Bentara Luar, Mohd. Salleh Bin Perang. Semasa membuka daerah-daerah baru di Johor, Datuk Bentara turut juga memperkenalkan seni ghazal dimainkan di rumah-rumah penghulu dan juga pada hari-hari keramaian tertentu.Selain daripada Allahyarham Datuk Bentara Luar, ramai lagi pembesar istana yang turut menyumbangkan tenaga dalam memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku Ahmad Bin Mohd. Khalid (Ungku Chik), Ungku Mohammed Bin Mohd. Khalid , Ungku Sulaimen Bin Daud, Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dan Encik Dapat.
        Di tengah-tengah arus perkembangan seni muzik ghazal di Johor pada ketika itu muncullah Haji Musa Bin Yusof atau lebih di kenali dengan panggilan Pak Lomak. Pak Lomak adalah cucu kepada Datuk Bentara Luar. Sebagai seorang anak yang lahir di tengah-tengah keluarga mencintai seni ghazal, Pak Lomak tidak dapat memisahkan dirinya daripada seni ini. Beliau telah mempelajari seni muzik ghazal ini dengan begitu mendalam sekali. Ditinjau daripada sudut sejarah perkembangan seni muzik ghazal di Johor dari tarikh perkembangannya bermula dari tempat asalnya di Tanah Arab hingga ke zaman Pak Lomak, perkembangan seni muzik ini telah melalui satu penjelajah yang agak panjang dan mengambil masa yang lama.
        Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas. Setelah itu dicampurkan dengan alat muzik yang lain seperti ukeleli dan sebagainya tetapi oleh kerana terlampau riuh dan mengganggu serta boleh menghilangkan silau dan lemah lembut lagu-lagu Melayu maka alat-alat itu dibatalkan. Hanya alat-alat yang dinyatakan di bawah ini sahaja di gunakan sebagai Muzik Ghazal Melayu Johor yang tradisional iaitu:-
        • Harmonium, alat muzik tradisional yang berasal dari India ini penting bagi Ghazal Melayu Johor.
        • Satu set alat tabela (tabla) yang juga merupakan alat muzik yang berasal dari India . Yang kecil dinamakan Din dan yang besar dinamakan Bam.
        • Gambus alat muzik yang berasal dari Timur Tengah ini merupakan alat muzik bertali yang perlu ada dalam Ghazal Johor.
        • Gitar sejenis alat muzik yang perlu untuk permainan Ghazal Melayu Johor. Alat jenis bertali ini sebagai alat melodi atau rentak.
        • Tamborin alat muzik perkusi yang menggantikan alat keroncong diperlukan sebagai alat tempo dan rentak.
        • Marakas sejenis alat perkusi yang diperlukan sebagai alat rentak dan tempo.
        • Violin alat muzik ini kecil sedikit daripada biola , tetapi biasanya disebut oleh orang-orang Melayu dengan sebutan biola sahaja. Alat jenis bertali ini adalah salah satu alat muzik dalam permainan Ghazal Melayu Johor.

        KETURUNAN PEMERINTAH JOHOR

        HASLINDA BINTI ZULKUFLI
        19DPM13F1062


        886 -1919 : Dato’ Jaafar Bin Muhammad
        Dato’ Jaafar Bin Muhammad dilahirkan di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1838. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Singapura. Keluarga beliau dikatakan berasal dari keturunan Kerabat Diraja dan Bendahara Melaka. Tugas beliau ialah memimpin pegawai-pegawai Johor untuk memajukan dan memodenkan pentadbiran Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.
        Beliau adalah orang kepercayaan Sultan Johor dalam menguruskan pentadbiran. Ketika baginda Sultan Johor melakukan lawatan ke luar negeri, beliau telah diberi kepercayaan menjadi Pemangku Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1919 dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di Bukit Mahmoodiah.


        1920 - 1922 : Dato’ Mohamed Bin Mahbob
        Dato’ Mohamed Bin Mahbob dilahirkan pada tahun 1852, beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di Johor. Di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Jabatan Pelajaran, sebanyak 89 buah sekolah Melayu, empat buah sekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina dan dua buah sekolah Tamil telah didirikan. Apabila enakmen pelajaran diluluskan pada tahun 1902, Dato’ Mohamed Bin Mahbob dan Mohd Khalid telah bertindak menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalam enakmen itu, ibubapa atau penjaga diwajibkan menghantar anak mereka yang berumur 7-16 tahun ke sekolah. Sesiapa yang tidak berbuat begitu akan didenda sebanyak RM25.00 atau penjara selama tiga bulan.
        Dato’ Mohamed Bin Mahbob di lantik menjadi Timbalan Menteri Besar pada tahun 1917 dan apabila Dato’ Jaafar meninggal dunia, Dato’ Mohamed Bin Mahbob telah menggantikannya pada 16 Julai 1920. Beliau meninggal dunia pada tahun 1926 dan dikebumikan dengan penuh istiadat di Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.


        1923 - 1928 : Dato’ Abdullah Bin Jaafar
        Dato’ Abdullah Bin Jaafar dilahirkan pada tahun 1875. Memulakan karier sebagai Kapten dalam Pasukan Askar. Kemudian mendapat jawatan Pelatih Pesuruhjaya Polis pada tahun 1900. Pada tahun 1903 menjadi Pesuruhjaya Polis Muar.
        Beliau kemudian telah diberi kepercayaan memegang jawatan Pemangku Menteri Besar dan kemudian pada tahun 1923 menggantikan Dato’ Mohamed sebagai Menteri Besar. Beliau telah melepaskan jawatannya pada September 1928. Beliau meninggal dunai pada 28.4.1934 dan dikebumikan di Teluk Belanga.
        1931- 1934 : Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf
        Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf dilahirkan pada 17.10.1876. Bermula karier beliau sebagai Prebet di dalam Pasukan Askar. Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat ke Lans Koperal (1894), Koperal (14 April 1894), Bateri Sarjan (20.1.1895). Beliau memegang jawatan Kapten dalam tahun 1905 dan kemudian dinaikan pangkat Major.
        Beliau memegang jawatan Leftenan Kolonel dalam tahun 1920. Pada tahun 1931 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri dimana beliau menggantikan Dato’ Musthapa Bin Jaafar pada 23.11.31. Beliau meninggal dunia pada 28.12.1934.
        1935 - 1947 : Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid
        Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dilahirkan pada 17.8.1887. Beliau telah dihantar ke England pada tahun 1905 dan pulang pada tahun 1908. Beliau mula bekerja di Pejabat SUK. Kemudian bertukar ke jawatan askar dengan pangkat kadet (1910), Leftenan dan juga pengiring Sultan (1912). Pada tahun 1915 bertukar ke Pejabat Kewangan sebagai pemeriksa kira-kira.
        Pada 11.9.1920, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pada 1.12.1922, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerja dan pada 22.1.1923 dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Beliau telah memegang jawatan Timbalan Menteri Besar pada 5.1.1925 hingga 22.11.1931. Beliau memegang jawatan Menteri Besar pada April 1935 menggantikan Dato’ Abdul Hamid Bin Yusuf. Beliau meninggal dunia pada 29.4.1951.
        1947 - 1950 : Dato’ Onn Jaafar
        Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada 12.2.1895 di Bukit Gambir, Johor. Ayahnya Dato’ Jaafar Muhammad adalah Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau mendapat pendidikan di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.
        Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah jabatan kerajaan di Johor dan kemudian memasuki Pasukan Military Force pada 5 Julai 1917 sebagai Kadet. Beliau adalah seorang pejuang kebangsaan dan juga tokoh politik unggul. Beliau adalah pengasas penubuhan UMNO semasa ianya ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.
        Dato’ Onn adalah juga seorang wartawan. Beliau merupakan penulis dan pengarang Akhbar Warta Malays dan Lembaga Malaya. Antara kenangan peninggalan beliau ialah “Buku Selamat Johor” (1936) dan terjemahan Hikayat Seribu Satu Malam yang berjudul AL FA LAILA WALAILA. Beliau juga seorang wartawan yang berani mengkritik dan ini dapat dilihat melalui akhbar mingguan ‘KRITIK’ pimpinan beliau.
        Beliau juga pemidato yang hebat dan petah bercakap sewaktu menjadi Ahli Parlimen Ketokohan. Beliau membuat dirinya amat dihormati dan disegani oleh Ahli Dewan Rakyat. Beliau mula uzur pada tahun 1961 kerana penyakit jantung dan kencing manis. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962. Jenazah beliau telah diberikan penghormatan negara kerana jasanya teramat besar kepada Negeri Johor dan Negara Amnya.
        1952 - 1955 : Dato’ Syed Abd. Kadir Bin Mohamed
        Dato’ Syed Abd. Kadir Bin Mohamed dilahirkan pada 5.5.1900 di Jalan Arab, Bandar Maharani, Muar. Sewaktu kecil lagi beliau telah diajar membaca Al-Quran oleh ibu bapanya. Beliau memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu dan meneruskan pelajaran hinggalah lulus peperiksaan Junior Cambrige di Raffle School, Singapura. Memulakan kerjaya dengan menjawat jawatan Kerani di Pejabat Perbandaran Muar. Kerjayanya terus meningkat hinggalah dinaikkan pangkat sebagai Kerani Pangkat Dua. Semasa bekerja beliau meneruskan pelajaran di bidang Setiausaha dan juga Undang-Undang.
        Di antara jawatan yang dipegang oleh beliau ialah Setiausaha Bandaran Johor Bahru (1937-1940), Suruhanjaya Cukai dan Perniagaan, Muar (Nov 1940-1942), Pejabat Cukai Johor Bahru, Ahli Jemaah Menteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli Federal Council.
        1955 - 1959 : Dato’ Idris Bin Ibrahim
        Dato’ Idris Bin Ibrahim dilahirkan pada 13.10.88. Beliau menggantikan Dato’ Syed Abdul Kadir Bin Mohamed dan berkhidmat dari 1.1.55-16.6.59.
        1959 - 1967 : Tan Sri Hj. Hassan Yunus
        Tan Sri Hj. Hassan Yunus dilahirkan pada tahun 1907 di Muar, Johor. Setelah menamatkan pendidikan awal. Kerajaan Negeri Johor telah menghantar beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mekah dalam bidang Syariah.
        Sekembalinya dari menuntut, beliau berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Johor sebagai Penolong Mufti (1.1.40). pada 1 Januari 1943 beliau menjawat jawatan Penolong Kadi dan memanggku jawatan Mufti Negeri hinggalah sebelum merdeka. Dengan kedudukan yang dipegang, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Negeri Johor dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Johor.
        Tan Sri Hj. Hassan juga seorang yang aktif dalam kegiatan politik dan menyertai Persatuan Melayu Johor. Beliau adalah salah seorang “Orang Tujuh” menandatangani surat bantahan kepada Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union.
        Apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO, Persatuan Melayu Johor mengambil alih. Dalam Pilihanraya Umum Pertama, beliau dilantik sebagai Menteri Besar pada 27 Jun dan beliau adalah Menteri Besar yang pertama di lantik menerusi proses pilihanraya. Tan Sri Dato’ Hj. Hassan Yunus meninggal dunia pada 12 Julai 1968.
        1967 - 1982 : Tan Sri Othman Bin Mohd Saat
        Tan Sri Othman Bin Mohd Saat dilahirkan pada tahun 1927 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab. Beliau pernah menjadi Guru Agama pada tahun 1942. sebelum aktif dalam bidang politik, beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berpolitik sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.
        Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalam tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Grand Prix Johor dan juga Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimba pada tahun 1970. Beliau juga diberi status “Doyen” Menteri-Menteri besar dan Ketua-Ketua Menteri Malaysia .
        1982 - 1986 : Datuk Abdul Ajib bin Ahmad
        Datuk Abdul Ajib bin Ahmad dilahirkan pada 13 september 1947 di Segamat, Johor. Memulakan persekolahan di Sekolah Bukit Hampar dan bekas penuntut Kolej Kuala Kangsar. Dato’ Ajib melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah B.A. Hons dalam bidang Ekonomi (1971).
        Beliau pernah berkhidmat di Kementeria Dalam Negeri dan Sektor Awam sebagai Pegawai Perhubungan Industri di sebuah Syarikat Minyak. Dalam arena politik beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Y.B. Dato’ Musa Hitam (1975-1982). Dalam tahun 1982, beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Othman Bin Mohd Saat. Dalam Pilihanraya Umum 1986, beliau memenangi Kerusi Parlimen Mersing. Beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
        1986 - 1995 : Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin
        Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj. Yassin dilahirkan pada 15.5.1947 di Muar, Johor. Ayahnya seorang Guru Agama dan berpengaruh di Muar. Beliau mendapat pendidikan Rendah di Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani, Muar dan juga Sekolah Ismail, Muar. Kemudian Sekolah Tinggi Muar dan Universiti Malaya pada tahun 1968-1970 dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu.
        Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau ialah Pengurus Penjawatan SGS Ates (M) Sdn. Bhd. (1974), Pengarah Urusan Sri Saujana BHd. (1974-1978), Pengurus Besar Sykt Equity Mal(Johor) Sdn. Bhd. (1974-1978), Pengarah Urusan Sergam Bhd. (1975-1977), Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Negeri (Mulai Julai 1981), Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (Mulai Jun 1983). Beliau menjadi Menteri Besar Johor pada 13 Ogos 1986-1995. Beliau kemudian dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna(1995) dan jawatan beliau yang terkini sebagai Menteri Pertanian.
        Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau di dalam parti ialah Naib Kerua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1974-1976), Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1974-1976), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bhgn. Pagoh (1976), Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Exco Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNo Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO Negeri Johor (1982-1986), Ketua UMNO Bhgn. Pagoh (Mulai 26.4.85 hingga sekarang), Naib Presiden UMNO (Mulai 4.9.93 hingga sekarang).
        1995 - 2013 : Dato’ Haji Abdul Ghani Othman
        Kehidupan awal
        Beliau dilahirkan di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tingi Muar (High School Muar). Kemudian beliau menyambung pelajaran ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi di Universiti Australia dan sarjana dalam bidang ekonomi politik dari Universiti Queensland . Sekembalinya ke Malaysia , beliau menjadi pensyarah di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya (1974-1984) dan seterusnya dilantik sebagai Dekan Fakulti Ekonomi & Pentadbiran Universiti Malaya (1980-1982).
        Jawatan
        1993-1995: Menteri Belia dan Sukan Malaysia
        1995 - kini: Menteri Besar Johor
        Politik
        Kerjaya politiknya mula berkembang apabila dilantik menjadi Ahli Dewan Negara pada Disember 1984 hingga Julai 1986 dan selepas itu, beliau telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Ledang pada Ogos 1986. Pada Mei 1987 hingga November 1990, beliau telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos dan kemudiannya menjadi Timbalan Menteri Kewangan mulai November 1990 hingga 30 November 1993.
        Selepas itu, beliau dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan mulai 1 Disember 1993 hingga Mac 1995 dan mendapat jolokan sebagai ‘Bapa Rakan Muda’ kerana berjaya memperkenalkan program Rakan Muda yang mendatangkan faedah kepada golongan remaja dan belia. Pada 3 Mei 1995, khidmat bakti Abdul Ghani mula ditagih oleh rakyat Johor dan beliau bertanding di peringkat DUN Serom setelah lebih 10 tahun berkhidmat di peringkat Pusat.
        Keluarga
        Abdul Ghani yang berkongsi hidup dengan Datin Paduka Prof. Dr. Jamilah Arifin dikurniakan dua orang cahaya mata.
        Anugerah
        Pada tahun 1989, beliau dikurniakan pingat Seri Mahkota Johor (SMJ) oleh Baginda Sultan Johor. Pada tahun 1996 dikurniakan pingat DK(II) oleh Sultan Johor. Beliau pernah menerima anugerah dari Timesport sebagai Sport Toto Man of The Year Award pada 1994.



        FAKTA MANARIK NEGERI JOHOR

        HASLINDA BINTI ZULKUFLI
        19DPM13F1062


        Askar Timbalan Setia
        • DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail menerima latihan ketenteraan dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Baginda juga merupakan penyandang jawatan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
        • Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia Ke-3 Tun Hussein Onn juga pernah menyertai Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun , India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
        • Jeneral(B) Ibrahim bin Ismail - bekas Panglima ATM Jeneral (B) Ibrahim Bin Ismail pernah menyertai dan berkhidmat sebagai kadet dalam Askar Timbalan Setia Negeri Johor sebelum dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.
        • Ungku Ahmad bin Abd Rahman Salah seorang daripada 3 orang yang dihantar pada awal tahun 1941 ke Akademi Tentera di Dehra Dun, India
        • Dato Onn Jaafar
        • Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid, bapa kepada YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pernah menjadi seorang Leftenan dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor dan mencapai pangkat Mejar dalam tahun 1926.
        Asal Usul Jalur Gemilang
        Penulis Asal Sejarah Melayu
        Penubuhan UMNO
        • Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
        • Membantah pertubuhan Malayan Union
        • Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu sahaja.


        Johor adalah negeri yang pertama memiliki pasukan tenteranya sendiri dan satu-satunya pasukan tentera yang dibiayai oleh kerajaan negeri yang masih kekal hingga kini yang dinamakan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Askar Timbalan Setia adalah satu pasukan tentera yang ditubuhkan semasa pemerintahan Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar , Sultan Johor Darul Takzim.
        Antara mereka yang telah berkhidmat dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor adalah:
        Rekabentuk Jalur Gemilang/Bendera Malaysia sekarang adalah hasil ilham dari salah seorang rakyat dan arkitek kerajaan Negeri Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.
        Pemilihan rekabentuk bendera tersebut bermula dari satu pertandingan bagi merekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.
        Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
        Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan En. Mohamad bin Hamzah.
        Penulis asal Sejarah Melayu adalah Tun Sri Lanang yang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Tun Seri Lanang ialah Bendahara Paduka Raja, Johor antara tahun 1580 dan 1615 , serta penyunting Sejarah Melayu (buku, 1612) yang merupakan moyang kepada Sultan Johor dan Sultan Terengganu.
        Salasilah kesultanan Terengganu yang terdapat dalam Sejarah Terengganu (buku) karya Haji Buyong Adil terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 1974 ada menyatakan bahawa Tun Habib Abdul Majid (Bendahara Seri Maharaja, Johor - Marhum Padang Saujana - Bendahara Johor 1688-1697) yang menjadi Bendahara Johor dari 1688 hingga 1697 adalah bapa kepada Sultan Zainal Abidin I (Sultan Terengganu Pertama) dan kepada Sultan Abdul Jalil IV (Sultan Johor dari 1699 hingga 1719 ). Selanjutnya dipaparkan bahawa Tun Habib Abdul Majid adalah anak kepada Tun Mat Ali (Bendahara Paduka Maharaja, Johor), iaitu anak kepada Tun Seri Lanang (Bendahara Paduka Raja, Johor 1580-1615).
        Dalam pengetahuan orang-orang Melayu , nama Tun Seri Lanang lebih dikenali sebagai salah seorang bijak pandai dan pengarang ulung bangsa Melayu yang setaraf dengan Munshi Abdullah (Pengarang Hikayat Abdullah).
        Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/United Malay National Organisation ditubuhkan pada tahun 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru, Johor. di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Detik bersejarah tersebut bermula dengan satu perhimpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 Mac hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.
        Dato Onn bin Jaafar daripada Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
        Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
        Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
        Walaupun ada bantahan yang hebat daripada kaum Melayu , Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 menubuhkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) berlangsung di Istana Besar Johor Bahru dan Perlembagaan UMNO telah diterima dan diluluskan oleh para peserta. Maka UMNO pun lahirlah secara rasmi.

        MAKANAN ORANG JOHOR

        NORAZIHANI BINTI MOHD ROSLI
        19DPM13F1064

        Masakan dan hidangan di Johor kebanyakkannya dipengaruhi dari Arab dan kepulauan-kepulauan Melayu. Terdapat sesetengah makanan ini, yang ramuannya begitu unik dan begitu sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia. Hanya di keraian-keraian tertentu sahaja makanan yang unik dini biasanya boleh didapati dan adakalanya anak Johor sendiri tidak mengenalinya.
        Antara hidangan dan makanan yang menjadi lambang negeri Johor adalah seperti:
        Laksa Johor ; makanan yang berasal dari Johor. Ianya berbeza dari laksa penang kerana menggunakan santan kelapa untuk kuahnya.


        Mi bandung ~ juga masakan yang berasal dari negeri Johor dan amat terkenal di Muar. Perkataan ‘bandung’ tidak berasal dari Bandung,  Indonesia tetapi membawa maksud pelbagai bahan-bahan yang disatukan dari pelbagai rencah.

        Sate ~ makanan kegemaran yang buakan lagi menjadi kegemaran warga Johor malah Malaysia. Daging lembu atau ayam berempah (kini dengan pelbagai jenis daging seperti rusa dan kambing) yang di bakar ini,  boleh diperolehi di dalam mana-mana sahaja sekitar Johor.
        Telur pindang ~ amat popular di majlis-majlis perkahwinan. Telur pindang ini adalah telur  ayam yang di rebus selama beberapa jam bersama-sama rempah dan daun-daun.
        Otak-otak ~ Antara otk-otak yang terkenal adalah ‘otak-otak kempas’ dan ‘otak-otak gelang patah’.
        Nasi beriani Gam ~ Amat terkenal di daerah Batu Pahat


        ASAL USUL NAMA TEMPAT

        HANISAH HANI BINTI HARON
        19DPM13F1068
        Wujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Adan yang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.

        Batu Pahat

        Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada ‘pangkal jeram’, kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

        Muar

        Muar lahir daripada perkataan ‘muara’ iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
        Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan ‘muak’ (jemu dan ‘mu-aru’ (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.
        Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

        Mersing

        Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
        Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
        Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

        Segamat

        Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

        Pontian

        Perkataan Pontian dikatakan berasal dari kata ‘Perhentian’. Perhentian yang dimaksudkan itu ialah Sungai Pontian Besar, tempat berteduh dari gelora Selat Melaka bagi kebanyakan para pelayar yang hendak ke Singapura atau ke Melaka. Ada yang menyebutnya sebagai tempat perhentian para lanun untuk menunggu mangsa yang melintasi kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, kuala Sungai Pontian Besar adalah tempat perhentian nelayan memunggah tangkapannya, sementara Pontian Kecil menjadi Bandar utama bagi daerah Pontian.

        Kota Tinggi

        Kota Tinggi mengambil nama daripada kota yang dibina di atas kawasan tinggi di tebing Sungai Johor. Pembinaan kota tersebut untuk menangkis serangan Portugis yang berusaha hendak melenyapkan kuasa Kesultanan Melayu yang telah dialahkannya di Melaka pada tahun 1511.
        Oleh Kerana Sungai Johor adalah kawasan yang selamat untuk berteduh dari gelora Laut Cina Selatan , ia telah menjadi tumpuan para pedagang sejak zaman silam lagi. Zaman Ptolemy kawasan tersebut dikenali dengan nama Palanda. Banyak tinggalan lama seperti manik dan permata dari zaman Han (SM200 - TM20) dan zaman Empayar Rom pernah ditemui di Kota Tinggi.

        Tangkak

        Nama Tangkak timbul daripada ‘tang merangkak’. ‘tang’ berasal dari perkataan tentang yakni tempat. Peristiwa itu berlaku ketika peneroka kawasan Tangkak, Long Mahmud tujuh bersaudara terpaksa merangkak naik ke tebing Sungai Tangkak menuju ke Bukit Tambak di kawasan Seri Makmur. Tebing-tebing sungai di kawasan Tangkak adalah lembut dan jerlus kerana paya ditumbuhi pokok-pokok resam, sendayan, pakis dan rembia.

        Kluang

        Bandar Kluang mengambil nama Keluang Kampung. Keluang sejenis kelawar besar pemakan buah. Ia memakan bunga durian dan buah-buahan seperti rambutan, rambai dan lain-lain. Penduduk kampung tersebut berjaya membunuh tupai yang datang ke dusun mereka, tetapi gagal menakutkan keluang yang begitu banyak setiap petang datang ke situ. Keluang yang banyak itu dikatakan datang dari sebuah bukit di belakang kampung mereka (bukit yang dimaksudkan mungkin Gunung Lambak). Akhirnya seorang pawang terpaksa mengadakan suatu upacara di bukit tersebut untuk memujuk keluang-keluang itu agar tidak datang ke dusun penduduk kampung tersebut.

        SEJARAH PERTUBUHAN JOHOR

        NAZATUL ASHIKIN BINTI MAAROF
        19DPM13F1090
        Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
        Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
        Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.
        Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.