Thursday, March 20, 2014

TEMPAT MENARIK DI JOHOR

HASLINDA BINTI ZULKUFLI
19DPM13F1062

MASJID SULTAN ABU BAKAR

       •Tempat menarik yang anda tak boleh lepaskan jika berkunjung ke Johor Bahru ialah masjid Sultan Abu        Bakar yang terletak di jalan Skudai menghala ke bandaraya Johor Bahru. Masjid ini yang terletak di              atas bukit mempunyai pemandangan menarik iaitu ianya menghadap Selat Tebrau yang mana korang             boleh nampak Singapura di seberang laut sana.
      •Telah dibina oleh Sultan Abu Bakar (His Highness Sir Sultan Abu Bakar s/mana anugerah Sir yangdiberikan oleh Queen Elizabeth kerana Sultan Johor dianggap sebagai Sultan yang bijak dan boleh mentadbir Johor setanding dengan pemerintah Inggeris yang lain)
      •Dibina pada tahun 1892 dan siap pada 1900, korang pasti berasa takjub kerana masjid ini yang mempunyai senibina architecture Victorian Style dan ‘Moorish’ ini diselia selenggarakan oleh Jurutera Sivil Johor pada masa tahun 1892 iaitu DatoYahya Awal.
      •Arkiteknya pula ialah berbangsa Melayu yang bernama Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak yang berkemahiran merekabentuk bangunan-bangunan bersejarah pada masa itu.Ok itu dia serba sedikti pasal Masjid yang tersohor di Johor Bahru ni ya dan pastikan tempat menarik di Johor Bahru ni anda kunjungi bila sampai ke tanah selatan ni ya  kalau ke Legoland tu jangan lah lupa ke sini , tunaikan kewajipan sambil menikmati kedamaian dan indahnya masjid yang dah berusia 100 tahun ni 

KOTA ISKANDAR

     •Kota Iskandar ini sebenarnya hanya terletak bersbelahan sahaja dengan Puteri Harbour yang lebih terkenal sekarang dengan Hello Kitty Inddor Theme Park, yang termasuklah Bob The Builder dan lain-lain lagi.

Jadi kiranya anda ke Puteri Harbour jangan lepaskan peluang ke tempat menarik ni. Dataran ini juga mengandungi sebuah grand-stand  untuk pelbagai tujuan seperti ekspo, temasya negeri, ruang pameran dan majlis-majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Johor.


PANTAI STULANG LAUT

Pantai Stulang ini juga menjadi tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi kerana kedekatannya dengan Medan Selera Stulang yang terletak bersebelahan sahaja dengan Zone Bebas Cukai , Stulang. Pada waktu malam anda boleh bersiar-siar di sepanjang Pantai Stulang yang terletak juga selari dengan Jalan Stulang Laut . Kalau nak menikmati pemandangan malam di Stulang datanglah ke sini, lagi best jika anda ambil peluang untuk makan-makan dulu di Medan Selera Stulang ni sebelum jalan-jalan di waktu malam, ruang pejalan kakinya juga disinari lampu-lampu . Dari sini anda juga boleh memerhatikan cahaya-cahaya lampu bandaraya kota Singapura di seberang selat sana.
Satu lagi perkara yang menjadikan Stulang Laut ni tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi ialah pada bulan-bulan tertentu terdapatnya acara-acara temasya air atau event peringkat tempatan, kebangsaan atau antarabangsa yang dianjurkan di sini. kat sini pernah diadakan pertandingan International Speed Boat, water scooter, pertandingan memancing ,sukaneka air dan lain-lain lagi. Kalau nak tahu lanjut lagi fasal event atau temasya air kat Stulang laut ni bolehlah

tempat-menarik-johor bahru-pantai-stulang

No comments:

Post a Comment